Klinik Keluarga Buka Setiap Hari 8 Pagi - 10 Malam
Soalan Lazim (FAQ)
Jawapan pantas untuk persoalan yang kerap ditanya pesakit kami.
Apakah waktu operasi Klinik Hadid Bangi?
Klinik buka setiap hari, dari 8 pagi hingga 10 malam, termasuk cuti umum.
Di mana lokasi Klinik Hadid Bangi?
Klinik terletak di G-20, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Bolehkah saya walk-in ke klinik?
Boleh. Walk-in dialu-alukan, dan appointment turut boleh dibuat melalui WhatsApp atau telefon.
Apakah rawatan yang klinik sediakan?
Fokus utama kami adalah rawatan sakit lutut, sendi dan saraf, di samping rawatan turun berat badan, minor surgery dan rawatan telinga. Kami turut menyediakan pemeriksaan ibu mengandung, vaksinasi dan cuci luka.
Adakah Klinik Hadid Bangi menerima panel?
Ya. Kami menerima pelbagai panel termasuk AIA, PMCare, Iltizam Selangor Sihat, Selcare, Micare, Mednefits, WeCare, E-Mas, ASP Medical Group, HealthConnect, Medilink Global, Red Alert, Compumed, Mudahmed dan Miya.
Berapa ramai doktor yang berkhidmat di klinik ini?
Klinik Hadid Bangi diselia oleh dua doktor: Tengku Fatin Najihah Binti Tengku Md Noordin (Clinic Manager) dan Dr Noor Zuliana Binti Ghazali (Doktor Residen).
Berapa anggaran harga rawatan lutut?
Rawatan lutut bermula dari RM200 hingga RM4,000, bergantung kepada jenis suntikan dan prosedur yang sesuai selepas penilaian doktor.
Adakah Klinik Hadid Bangi sesuai untuk warga emas?
Ya. Klinik kami memberi tumpuan khusus kepada rawatan sakit lutut, sendi dan saraf yang sering dialami oleh warga emas, dengan layanan yang mesra dan penuh empati.